Sunday, August 30, 2009

slide1e

“Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada org yg berkaitan untuk mengupasnya.

Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah.

Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat.

Mengapa?

slide2e

Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah memberikan friendly reminder, bahawa puasa sebagai proses menjana Taqwa adalah satu proses yang rumit. Kalimah La’alla yang dijadikan sendi firman-Nya di Surah al-Baqarah ayat 183 itu sudah sedia melontarkan konotasi ‘mudah-mudahan’, tanda tidak semua berhasil mencapai Taqwa di hujung Ramadhan.

Justeru jangan sambil lewa. Usaha mengisi Ramadhan mesti penuh kesungguhan.

Slide3

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah memberi peringatan tentang betapa ramai yang gagal memperolehi tawaran-tawaran hebat Ramadhan, kecuali lapar dan dahaga yang sia-sia. Justeru ketidak sempurnaan hasil Taqwa setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mungkin berpunca daripada masalah INPUT bersangkutan dengan iman dan hal-hal dalaman manusia, atau mungkin berpunca daripada PROSES, iaitu soal ilmu pengetahuan dalam menggerakkan puasa mengikut manual Allah Subhanahu wa Ta’aala.

MASALAH INPUT

Slide5

Andaikata masalah INPUT itu bersangkutan dengan AQIDAH, di sinilah timbulnya keganjilan terhadap kelompok yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Bagaimana mungkin seorang itu berpuasa, tetapi meninggalkan rukun Islam yang lebih tinggi iaitu solat? Ia bukan masalah hukum atau masalah fiqh, sebaliknya ia bersangkutan dengan kecacatan serius pada aqidah pelaku ganjil ini.

Kerosakan yang membabitkan MINDSET dan WORLDVIEW ini mungkin diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan puasa yang salah motif. Melihat puasa sebagai mekanisma kesihatan diri semata-mata, tanpa ada hubungkaitnya dengan manifestasi kehambaan diri kepada Allah, justeru puasa kosong daripada roh Tarbiyyah, dan sekadar memberikan manfaat material atau duniawi semata-mata.

Slide4

Wallhualam


p/s : drpd saifulislam

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN KAREEM~~





Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu.. merayu... kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan... Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh dan qalbu... Bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil... Menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekalian alam

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih... Berqiamullail...Bertahajjud...
Mengadu... Merintih... Meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru... Kita cari... Suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri... Rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ... Lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti... Paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman....
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha... Bersedia... Meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN



Thursday, August 20, 2009

pasal dye je

ok..saya x tau nk post ape..

saya just nk ckp, saya skrg berada di Malaysia (dr 7/7 aritu) dan sedang bergembira bersama family tersayang. dapat puasa sbulan plak kt sini..raya ag kt sini.wah!!

ok2. straight to da point. saya cuti2 ni ajar dak tusyn. dak tu darjah 4 ngn 3 je pun..
ajar la math science bi sume kan..
ni pun saya baru smpai umah r ni. bwk kete dah mcm bwk jet, terbang semacam je kan, ye r td ngntuk.tp, sampai umah je, dah x ngntuk ag.haha..
mak ayah dyorg suh saya cubit agar mereka x nakal sgt..
so, saya cubit la..
tp skrg saya rasa ksian plak..

cmne ni...=(

Sunday, August 2, 2009

where the guys??

ok...saya tau agak lama kami tidak menghupdate blog ini..
dah bersawang2 gamaknye.,.
mintak mahap dari hujung rambut yang blonde cantik ni, ke hujung jari kuku ibu kaki kanan ye..biasa la..agak bz..aritu kan bz dgn exam,,.then, bz dgn nak balik msia plak..huhu



hmm..
btw, result dah kuar..thniah kpd yang lepas..dan kpd yang 'tersngkut' tu, chaiyok2 kpd korunk..
jgn putus asa ok..kami di sini sntiasa mmberi sokongn moral..tu la, spt kata sorg sahabt ni, ingt nak pecah rekod batch kite yang paling good, bersih or at least xde carry pape sbjek ke tahun 2. tp, x pe..y penting, jangan putus asa!

dan disini saya sertakan gmbr batch kite...
moga korunk2 kembali bersemngt okieh..
biar la gmbr yang bercerita keceriaan tntg kite...=)







oh...egypt top models..=)






wats up dude..






kami dak regular...berdiri dr kiri- titi, put..duduk dr kiri- wani, fah






ousmte baru dan jd geng kek coklat..zati.welcome ya






ha...yang dpan wrna coklat tu, dah la salah tema, dgn kipas siap bagai..ngeh3






dak2 frst year mansura...n will be scond year, 3rd sem pd bulan 10 ini..yahuuu






kami sudah mkn bbq di rumah yuya baby.best2






eh. wardah safwah la...hoho...=)






oh..ini geng kami cume berempt..mana ag sorg??






oh...ini pun ag sorg...






so, itu lah al-kisahnye kami di tahun satu...
smoga pershbtn yang terjalin kekal abadi...=)