Showing posts with label muhasabah... Show all posts
Showing posts with label muhasabah... Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

saya xnak jadi PENCURI!!!


sama2lah kita menjaga hati masing2...
jgn disebabkan kita berkurangnya iman org lain :)
kalau betul sayang, arahkan ke syurga..
bukannya membawa ke neraka
kerana itu bukan makna sayang yg sebenar...

kepada yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bolehkah kau jamin dialah jodohmu??
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
10. Kebahagiaan itu dari Allah.bagaimana dirimu hendak mengecap kebahagiaan jika permulaannya dengan perkara yg mengundang kemurkaan Allah.

"Pemuda yang membuka lembaran kelalaian padaku, mampukah memimpinku ke syurga?"
-Fatimah Syarha Mohd Noordin-

Monday, March 8, 2010

tawaran HEBAT!!!


assalamualaikum...
salam ukhwah buat semua sahabat2..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
krn kita masih dianugerahkan nikmat iman dan Islam..
krn kita msih diberi nikmat utk terus menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida ciptaanNya sehingga ke saat ini..
krn Allah masih memberi anggota2 kita utk berfungsi dgn baik
krn kita masih diberi kesempatan utk hidup dgn aman, bahagia jauh dr suasana peperangan
krn kita dikurniakan bermacam-macam nikmat yg tidak terhitung banyaknya dari Allah
betapa Maha Pengasih, Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya Allah kpd kita
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
TETAPI,BERSYUKURKAH KITA KEPADA ALLAH??
sama-samalah kita muhasabah diri kita
dimanakah tahap keimanan kita..
adakah di bawah tahap yg lebih bawah dari paling bawah?
fikir-fikirkanlah..

****************************

sekadar perkongsian ilmu,,
aritu (hari rabu yg lalu) masa kt kelas ust salman
ust ada bacakan sepotong hadis dr kitab Mau'izatul Mukminin,,

قال صلى الله عليه وسلم:كلمتان خفيفتان على اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان الى الرحمن :سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

"Dua kalimah yg ringan di lidah tetapi berat di timbangan dan disukai oleh Allah:
Maha suci Allah dan segala puji bagiNya, Maha suci Allah yang Maha Agung"

jom kita sama2 beramal.. :)
bukankah ini satu pelaburan yg menguntungkan kita??
tapi jgn lupa,,
sama2lah kita berusaha utk menghadirkan hati semasa berzikir tu..



p/s:jom kita sama2 pergi kutip mutiara2 ilmu dr Ust Salman Maskuri di Madrasah Imam Nawawi..ingat,ilmu medik utk dunia je..tapi,ilmu akhirat utk kehidupan kita di alam sana.Alam yg kekal buat selama-lamanya..


Tuesday, February 23, 2010

Allah bersama kita...


Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..

Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..

Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.

Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."

Thursday, February 11, 2010

nasihat 2

Sahabatku..
dekatilah Allah melalui solatmu..
ceritakan segalanya pada Allah dlm sujudmu
Allah mendengar segala rintihan hatimu
kerana Dia yang paling memahami dirimu...
Ikhlaskanlah hatimu mendekati Allah
bukan kerana memgharapkan pujian manusia
mahupun ganjaran dunia...

Perindahkanlah hubunganmu denganNya dalam tahajudmu dinihari
perhatikan kata-kata Allah terhadapmu melalui firmanNya di dalam Al-Quran
Perbanyakkan taubat dan zikirmu
tapi bukan bermakna meninggalkan dan mengabaikan segala urusan duniawimu..



Sahabatku..
Keimanan yang kita hajatkan dalam diri kita
adalah keimanan yang mampu melawan panggilan nafsu yang dibisik syaitan
bukan sekadar menjadi manusia yg tahu solat 5 waktu,
tetapi dalam fikiran dan roh mengingati selain Allah..

kenali Allah,
kau pasti akan menjumpai
yang Allah cukup untuk menaungi hati kita yang selalu lara
Kalau syaitan seringkali memainkan perasaanmu
mintalah pada Allah agar ditetapkan hati

"dan jika syaitan mengganggumu dengan satu gangguan,maka mohonlah perlindungan kepada Allah.Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Fussilat:36)

hati kita milik Allah
Allahlah yang memberi petunjuk
Allah juga yang memalingkannya dari kebenaran
bukan kuasaku untuk membantu menguatkan hatimu sahabatku
tetapi ALLAH...
"Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami dalam agamaMu dan dalam ketaatan kepadaMu"





sekadar luahan apa yang terbuku di hati
moga menjadi pengajaran buat diriku dan dirimu
kerana diriku menyayangi dirimu...

Friday, January 15, 2010

nasihat 1


"Sesungguhnya aku telah melihat kepada makhluk2 yg ada di dunia ini lalu aku mendapati bagi setiap makhluk ini mesti ada sesuatu yg dikasihinya dan yg diasyikinya.

Aku melihat pula bahawa ada sebahagian drpd sesuatu yg dikasihi itu hanya menemani kekasihnya sehingga ke masa ia sakit sahaja, dan ada pula yg sentiasa menemaninya sehingga ke dalam kubur. Manakala yg lainnya akan terus balik dan tidak mahu untuk bersama-sama dgn kekasihnya di dalam kubur. Ia akan membiarkan kekasihnya tinggal seorang diri di dalam kubur.

Lalu aku terus berfikir, dan akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih yg setia mengiringi kekasihnya ke dalam kubur dan menjadi penghibur dan teman setia.

Dan tidak ada kekasih yg bersedia untuk berbuat demikian selain drpd amalan yg soleh, maka aku terus menjadikan amalan soleh ini sebagai teman dan kekasihku, supaya ia dapat menerangi kuburku, menghiburkan hatiku dan sudah pasti ia tidak akan meninggalkan aku duduk bersendirian."

- Imam Hatim Al Asam rahimahullahu taala -


notatambahsukahati:dalam fatrah exam@imtihan ni, mmg kita suma buzy ngn study masing2.mcm2 bnda berkumpul,bersarang,berserabut dlm kepala.sbjek ni xabeh cover lg,yg itu xhafal lg,topik ni xfaham lg n pelbagai yg itu dan yg ini.alhamdulillah suma struggle untuk najah.tp, jgn pula sbb terlalu struggle, suma amalan dan ibadah, kita pandang sebelah mata n jgn pula bila time exam je baru nk dating ngn sejadah n tasbih..INGAT!yg nk excellent-kan kita hanya Allah..kita just HAMBA yg x ada apa2 kuasa..

notatambahsukahati:sama2 kita koreksi diri.sama2 perbaiki n pertingkatkan amalan bcoz amalan kitalah kekasih yg setia menemani kita. =)

Monday, November 30, 2009

aidiladha dgn hati..

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pengunjung kek coklat sekalian. Bersyukur ke hadrat Allat swt kerana kita masih diberikan kesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Alhamdulillah kerana diberikan kesempatan untuk terus bertebaran di muka bumi ini. Sentiasalah mengambil iktibar daripada peristiwa-pertistiwa insan yang terlebih dahulu meninggalkan kita. Semoga hati-hati kita sentiasa bersedia untuk menyusul mereka kelak. Rehat yang pasti di alam kubur sana. Soalnya `rehat` dalam bahagia ataupun terseksa?


Erti Hari Raya Aidiladha

Apa agaknya erti Hari Raya Qurban buat setiap daripada kita? Jika soalan ini diajukan kepada anda yang membaca. Apakah jawapan yang bakal diberi?

"Menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim".

"Menghayati erti berkorban".

Pasti banyak jawapan yang akan diberikan secara spontan.

Saya menyoal lagi, apakah jawapan ini datang dari hati? Apakah jawapan ini merupakan pandangan dan pemerhatian kita sendiri (berasaskan Islam pastinya). Mungkinkah jawapan ini hasil daripada copy-paste daripada seseorang?

Bukanlah ingin saya mengatakan salah untuk menjawab menggunakan pendapat ustaz ataupun ustazah yang memberikan pengertian Hari Raya Qurban. Jauh sekali saya ingin menyatakan maklumat di majalah serta buku-buku agama itu salah. Cuma, saya suka untuk membawa semangat carilah jawapan dari dalam hati.


Mencari Erti Dari Dalam Hati

"Jangan banyak bertanya. Boleh sesat".

Satu ayat yang pernah singgah dalam hidup saya. Mencari itu sesat? I listened.

Namun selepas suatu ketika, semakin mengenal Islam, semakin saya memahami erti pencarian. Hidup sebagai seorang Muslim ini perlu penuh pencarian. Pencarian sepanjang kehidupan! Proses pencarian itu melibatkan berfikir dan bertanya. Tidak dapat tidak. Membawa dimensi baru dalam pemikiran bahawa mencari agar tidak sesat. Ertinya, tidak mencari lebih menyesatkan!

Berbalik kepada erti Hari Raya Aidiladha. Sememangnya digalakkan untuk kita membaca artikel berkaitan dengannya. Tidak membaca boleh membawa sesat juga. Taklid buta. Cumanya, saya ingin membawa semangat, nilailah kembali hasil bacaan. Fikirkan dan simpulkan. Kita semua pernah belajar membuat kesimpulan dalam matapelajaran Bahasa Melayu bukan? Mudah sahaja right?

Carilah erti agar kita akhirnya mempunyai satu pandangan dan jawapan yang tersendiri. Erti Hari Raya Qurban yang lahir daripada hati.

Setiap daripada kita berbeza. Punya kisah yang berbeza. Ambillah iktibar daripada peristiwa Qurban untuk disesuaikan dengan kisah kehidupan kita. Apakah pengorbanan yang ingin kita lakukan?

Mungkin ini membantu kita menjawab erti Hari Raya Aidiladha kita pada tahun ini. Ambillah masa sekejap untuk berfikir dan mencari jawapan. Jawapan itu ada di dalam hati. Jujur pada diri. Berdoalah tatkala mencari, Allah mendengarnya.

Justeru, Saya bertanya sekali lagi pada pemilik hati-hati yang membaca.

"Apakah erti Hari Raya Aidiladha buat anda?"

Ambil masa, tanya pada diri, berfikir dengan tenang, selamilah hati. InsyaAllah, jika bukan saat ini, pasti akan bertemu jawapannya. Syaratnya perlu teruskan mencari.

Seruan saya, marilah memaknakan Hari Raya Aidiladha. Mencari erti dengan mata hati. Mencari erti dengan sabar dan solat.

~i lurveislam~

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN KAREEM~~





Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu.. merayu... kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan... Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh dan qalbu... Bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil... Menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekalian alam

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih... Berqiamullail...Bertahajjud...
Mengadu... Merintih... Meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru... Kita cari... Suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri... Rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ... Lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti... Paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman....
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha... Bersedia... Meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN