Saturday, September 12, 2009

kisah kami...


"Zati, nk g kubur x hari Jumaat ni?"
"Kubur?kt mne?"
"ala..yg kt Salaam tu,,bwh fly-over.."
"mm..boleh jugak..stay kt rumah pun xde bnde nk buat."

...BANYAKKANLAH MENZIARAHI KUBUR KERANA IA MENGINGATKAN KITA KEPADA KEMATIAN...
...YANG PALING BIJAK DI KALANGAN KAMU IALAH YANG PALING BANYAK MENGINGATI MATI...

ktorg pun pakat la dengan akhawat2 yg lain. nak wat pandai sendiri, xbiasa pegi lagi..huhu..Kak Yana cakap, es0k pagi lps klas Ust Salman,kumpul kt rumah k Yana dlu.ok,,set!!maka,bermulalah perjalanan kami yg comel ni ke kubur org2 arab yang ada kt Mansoura ni first time nih. ktorg g 5 org je..(zati,fah,k anis,k yana ngn k ain)asalnya ramai yg nk join sekali,tp nth la tetiba pakat jadi malas plak ada masalah lain kot.

ni la kubur orang arab..xsama ngn kubur kt malaysia



salam sejahtera ke atas penghuni perkampungan kaum mukminin, dan kami insyaAllah akan menyusuli

Masa nk balik tu,ktorg dipanggil oleh ammu(pakcik) yg jaga kubur tu. Dia bg tazkirah sikit kt ktorg..dy bacakan ayt2 dlm surah Ar-Rahman..

  • Segala makhluk yg ada di bumi pasti binasa
  • Tapi Allah Maha Agung dan Maha Mulia akan kekal selamanya
  • Maka, nikmat Tuhanmu yg mana yg kamu berdua dustakan?
  • Segenap makhluk di langit dan di bumi memohon kpd-Nya, setiap waktu Dia dlm kesibukan
  • Maka, nikmat Tuhanmu yg mana yg kamu berdua dustakan?
  • Kami akan perhatikan persoalanmu, wahai dua makhluk, jin dan manusia
  • Maka, nikmat Tuhannmu yg mana yg kamu berdua dustakan?
  • Wahai segenap jin dan manusia, jika kamu sanggup menebusi keluar dari daerah langit dan bumi, maka tembusilah dan tidak mungkin kamu sanggup tanpa kekuasaan Kami
  • Maka, nikmat Tuhanmu yg mana yg kamu berdua dustakan?
  • Kpd kamu(jin dan manusia), dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga.maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri
  • Maka nikmat Tuhanmu yg mana yg kamu berdua dustakan?
  • Bila langit terpecah belah menjadi merah mawar bagaikan minyak berkilauan
  • Maka, nikmat Tuhanmu yg mana yg kamu berdua dustakan?
  • Pada hari itu tidak ditanyakan lagi kepada manusia dan jin tentang dosanya
  • Maka, nikmat Tuhanmu yg mana yg kamu berdua dustakan?
  • Setiap org yg berdosa pasti dikenali dgn tanda2nya, lalu mereka diseret pada ubun2 dan kaki mereka
  • Maka, nikmat Tuhanmu yg mana yg kamu berdua dustakan?

[ Surah Ar-Rahman;ayat 26-42]

Suka tak suka, bersedia atau tidak, kematian pasti akan datang. Takkan lewat walau sesaat dan takkan awal walaupun sesaat maksudnya on-time la..Perjalanan hidupnya di dunia telah sampai titik noktahnya dan seseorang itu pasti mesti+wajib memulakan perjalanan akhirat. Sesungguhnya perjalanan akhirat itu tidak berpenghujung. Perjalanan yg menyaksikan betapa kerdil, bodoh, lemah serta jahil sekali diri. Perjalanan yang menyingkap betapa manusia itu baru tersedar, terkejut dan tersentak dari mimpi yang panjang.barulah tersedar yang dulu orang selalu bagi peringatan,pesan itu, pesan ini, tapi aku yang xnak ikut..buat endah tak endah..tapi segala penyesalan dh x berguna..ibarat nasi dh basi,,apa pun dh xboleh buat klu jadi bubur still boleh makan. Kubur adalah jawapan kepada perjalanan akhirat yg panjang. Andai dimuliakan, mulialah selama-lamanya. Andai dihina, terhina berpanjangan...

Ya Allah yg Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, ampunkanlah dosa-dosa kami, yg kami sengajakan dan tidak sengaja, yg jelas dan yg tersembunyi.Limpahkanlah rahmat dan kasih-sayangMu kpd kami dan kurniakanlah kpd kami husnul khatimah dan bukannya suul khatimah..ameen..

0 comments: