Sunday, May 9, 2010

~QUEEN OF MY HEART~









Ibu,ibu...
engkaulah ratu hatiku,
bila kuberduka,
engkau hiburkan selalu..
Ibu,ibu...
engkaulah ratu hatiku..



there is no velvet so soft as a mother's lap, no rose as lovely as her smile, no path as flowery as that imprinted with her footsteps..


Is my mother my friend?I would have to say, first of all she is my Mother, with the capital 'M', she is something sacred to me. I love her dearly..yes, she is also a good friend, someone I can talk openly with if I want to..


Your arms were always open when I need a hug. Your heart understood when i needed a friend. Your gentle eyes were always stern when I needed a lesson. Your strength and love has guided me and gave me wings to fly..


MAK, MAMA, IBU, UMMI
terima kasih kerana menjaga dan mendidikku,
dari aku kecil sehingga sekarang..

terima kasih atas nasihat yang tak putus-putus
supaya aku menjadi orang yg berguna utk agama,bangsa dan negara..

terima kasih kerana bersabar melayan kerenah aku,
di saat aku nakal, di saat aku menangis..


..SELAMAT HARI IBU..



Friday, May 7, 2010

teringat zaman kanak2 dulu..



Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Sirih rampai pinang berseri
Sentak peluk tangan kiri

Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Jatuh berderai bunga berangan
Sentak peluk tangan kanan

Peram-peram pisang
Pisang masak layu
Orang zaman sekarang
Jagalah tingkah laku

Peram-peram pisang
masak atas pelepas
Orang zaman sekarang
Hatinya keras

Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Sirih rampai pinang berseri
Sentak peluk tangan kiri

Tebang tebu kuala sawa
Hujan manik mandi kota
Jatuh berderai bunga berangan
Sentak peluk tangan kanan

Tebang tebu kuala sawa




p/s: kredit to jiran anterior-medially..hehe :P

Sunday, May 2, 2010

airmata



"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)

Kalau sebut sahaja air mata, perkataan itu amatlah sinonim dgn wanita. Wanita dan air mata sukar utk dipisahkan kerana itulah cara wanita mencurahkan apa yg terbuku dan tersimpan di dalam lubuk hatinya. Tetapi janganlah digunakan nikmat air mata ini di tempat yg salah..

1. Janganlah menangis kalau cita-cita tak tercapai kerana semua ini adalah ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang dan berdoa, tetapi Allah yg menentukan segalanya.

2. Janganlah menangis ketika menonton filem-filem korea dan yang sewaktu dengannya kerana semua itu hanyalah lakonan semata-mata.

3.Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin persediaan kita masih belum mantap, ada lagi perkara yg perlu diperbaiki.hmm...

4. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang sesuai utk kita.

5. Jangan menangis kalau wang kita hilang. Mungkin ini tarbiyah dari Allah kerana kita kurang bersedekah.

6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah.

7. Janganlah menangis sbb frust bercinta...sbb mmg xpatut pun!!!

8. Jangan menangis kalau kita rasa tak disayangi insan, sbb Allah ada bersama kita,cuma kita selalu terleka dengan dunia..***



so??..Simpanlah air mata itu semua buat bekalan untuk menginsafi atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang menjadi bintik2 hitam yang telah mengkelamkan dan menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan melunakkan hati. Moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Sabda nabi SAW, “Ada 2 mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka. Mata yang sering menangis di waktu malam kerana takutkan Allah dan mata yang menjaga pasukan fisabilillah di waktu malam.”

p/s: aritu ada org tny sy,cmne nk m'insafi dri kalau kita selalu rasa 'KITA YANG BETUL'..apa yg boleh sy jwb ialah TUNTUTLAH ILMU dgn cara berguru kerana dari situ kita akn belajar apa yg betul,apa yg salah.jangan bawa sekali sifat ego ketika menuntut ilmu dan berusahalah semampu mungkin untuk BERLAPANG DADA..