Tuesday, February 23, 2010

Allah bersama kita...


Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..

Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..

Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.

Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."

Sunday, February 21, 2010

cam biasa,saya dlm kebingungan

kpd ahli beitku (kini dan skrg yang terchenta)... 

herm...
uittt...smlm aku tnye korang,nk join my uncle p jaulah fayum+luxor+aswan+sinai+dahab dan mcm2 tempat lg ke x...
then...

1-mlm tu kol tirah,wats ur opinion kalo join pkck aku p luxor+aswan,pg slama 6 hari,dan confrm monfirm tggl klas klas byk tu juge. tirah kate,ala pg je wani. ni kan baru awl2 start kuliah lg..ok.dah satu berpihak utk pg.

2- esok pg nye tnye put...then put ckp,kalo aku,aku x nk p.aku maleh..so skrg 1 pg,1 x pg.

3-nk tnye fah dan zati,tp fah ni jnis xpnah ponteng klas so hasrat dipendamkan shingga waktu ptg.

4- kat klas praktikal,tnye k.lisa saya patut pg ke x.then,bukan k.lisa sorg je jwp,satu klas praktikal tu ckp,weyhh pg je la.dyorg ni mmg supportive btul la suh sy pg terharu2 t_t

5-tp b4 p praktikal tu,kene torcher ngn someone. mmg dye kasi advice gile2 la.suh sy. pastu smgt nk p jualah dibatalkan sbb...........

6- pastu tnye fah n put balik..fah ckp.kalo fah,fah pg je..pastu mlm smlm dinner same2 dpan talam tu ,put ckp a'ah pg jer la,dah la free pkck ko tanggung sume.

7- tp,bg aku pulak,tah la.aku ralat nk p jaulah sbb ade nite of professionalism tu.doc yang dtg kan hebat2,kalo x join,rugi aa..(kpd sape2 nk kisah cracked pot y doc latiff mentiond before leh la mnx kat sy,akk sy y kasi bnda alah tu)

8-skrg sy kt mansura lagi dan x grak2 ke cairo utk join jaulah tersebut.sy pk punye pk dan pk. nnti byk sgt klas ttggl mampuih den nk cover. siap dak cairo tolg kasi nasihat x pe ko kan mmg jnis stdy last minute.twing kene kt btg idung sdiri.

9-mlm td tnye fah.eh sok klas pack ke? fah jwb.mne de class sok.ade prak je..terbuntang mate den. la yekeee.nape x ckp awal2.ingtkn class pack.huaaa.terasa sedikit dissapointd disitu nape x join jaulah.

10- dan skrg sy btul2 x join. sian kt sye.pdn muke sy.tp sy x nk prasaan sdih ni meneyelbungi diri. tp nk buat cmne.kt klas pdg muke doc terpdg luxor. tgk buku cns tpdg aswan. pandg jam terbayang hurgada.uhuk.
so korg.bek korg pujuk aku balik sbb aku x p trip tu..kuwang3

9- sdapkan hati,ala luxor n aswan tgh panas gile skrg. trip dak2 dr nisreen kesana sdang terbakar..

10- so dats it la..


ps-(korg2,td wakil histo kol sy,kate nk join klas tusyen doc syirbene,aduih dorg nk join satu geng ikhwah dlm 6 org plak tu, kite dlm bahaya.dah xde privacy! cmne ni.hoho..sume nk kejar mumtaz anat,kuang2)


pss-sok turn zati pakai tudung labuh bulat fah(sile jgn ngelat).. epi 20.moga makin bertmbah umo makin bertambah iman hendaknye..=)

Sunday, February 14, 2010

warkah buat kesayangan2 saya...

ke hadapan ex-ahli beit yang ku sayangi..
ok.mcm bese,aku nk emo2 jap mlm ni...

sbb dh byk sgt pk dr smlm kan.al-kisah nye

1- BUZZZZ...wani.ko nk p hurghada x?(tirah buzz wani)
nape? ko x nk p ke tirah? aku xleh nk p sbb ,ala ade la sbb2 tertntu.. .#$%^&*()*&^%R$

2- peh.mesti nk pegi. harga dah kire ok tuh,tp sbb ade sminar perubatan n aku kene p airport 18hb pagi tuh,so pk byk kali plak.

3- ptg td.BUZZZZZZZZZZ.ko nk p ke xnk wani? aku dh tnye dr nisreen dye kasi ganti org. tirah kate kalo aku p,byr half price je kt dye.fuh,satu twrn uh.ye aa.baik org ganti dr duit burn trus kan..

4- aku pk dan trus pk lagi.huaaaaaaaa...nk pegi hurghada!!

5- kehdpann cik tirah yang kusygi+ kurindui+ kuat mkn+ kuat smgt+ kuat sgala2 la (fuh sries tirah ni kuat mcm2,xde smgt nk stdy pun just buzz cik tirah ok dye leh handle t__t)..ko saje buat aku suke pk byk kali kan. mengade

6- wahai cik fatin dan cik raihan, korang pg kan hurghada nnti? ..aku nk p.tapiiiiiiiiiiii..huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaa

7-aku tringat kenangan kite berenam kt sinai larh. cmne ni..start nk rindu korang... korang mmg da best ever ousmate u know...kite same2 p jaulah.same2 daki sinai.same2 rase cuti winter tahun 1. skrg dah tahun 2,umah dah split kepada dua, cuti winter pun dah x bersama lagi..

8- kepada cik afifah dan cik puteri, korang tau x,aku tgh pening gile. tolong pk utk aku leh x (padahal aku pun tido je dr pk bnda yang simpla camni kan t__t)..xde la.. ade ke td tnye puteri,ko xnk p hurgahda ke gnti tmpt tirah,aku leh je nk gnti tp sbb aku nk kene p airport amik barang (cehceh mmg kunun nk tolong tirah carik org ganti). pastu put jwb,xnk la, x rajin. 

9- kalo kite berenam p hurgahada mesti best kan...kan3 =(

10- so, tirah- aku 50-50. kalo ko dpt carik org gnti aku p airport aku leh je gnti ko p hurgahda..

korang....kan org slalu ckp masa lapang itu membunuh. skrg mmg aku dah rase masa lapang smpai smpat aku nk rindu korang..i miss u.lot. series..=(







aku selitkan gmbr kite kat sinai..we have much fun rite?



oh so sweet cik wanigurl nk rindu2an plak...t...t

Thursday, February 11, 2010

nasihat 2

Sahabatku..
dekatilah Allah melalui solatmu..
ceritakan segalanya pada Allah dlm sujudmu
Allah mendengar segala rintihan hatimu
kerana Dia yang paling memahami dirimu...
Ikhlaskanlah hatimu mendekati Allah
bukan kerana memgharapkan pujian manusia
mahupun ganjaran dunia...

Perindahkanlah hubunganmu denganNya dalam tahajudmu dinihari
perhatikan kata-kata Allah terhadapmu melalui firmanNya di dalam Al-Quran
Perbanyakkan taubat dan zikirmu
tapi bukan bermakna meninggalkan dan mengabaikan segala urusan duniawimu..



Sahabatku..
Keimanan yang kita hajatkan dalam diri kita
adalah keimanan yang mampu melawan panggilan nafsu yang dibisik syaitan
bukan sekadar menjadi manusia yg tahu solat 5 waktu,
tetapi dalam fikiran dan roh mengingati selain Allah..

kenali Allah,
kau pasti akan menjumpai
yang Allah cukup untuk menaungi hati kita yang selalu lara
Kalau syaitan seringkali memainkan perasaanmu
mintalah pada Allah agar ditetapkan hati

"dan jika syaitan mengganggumu dengan satu gangguan,maka mohonlah perlindungan kepada Allah.Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Fussilat:36)

hati kita milik Allah
Allahlah yang memberi petunjuk
Allah juga yang memalingkannya dari kebenaran
bukan kuasaku untuk membantu menguatkan hatimu sahabatku
tetapi ALLAH...
"Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami dalam agamaMu dan dalam ketaatan kepadaMu"





sekadar luahan apa yang terbuku di hati
moga menjadi pengajaran buat diriku dan dirimu
kerana diriku menyayangi dirimu...

Wednesday, February 10, 2010

monolog seekor lalat

sekadar perkongsian..
best jgk artikel ni..
credit to my friend sbb send artikel nie =)
selamat membaca n fikir-fikirkanlah...

--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*-

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe
tarik aku.

Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak.
Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

‘Kakkk…masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya…’ kata aku
‘Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.’ Kata kakak itu.
dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah korang tahu, cukuplah
kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan
rakyat Malaysia ini. Biasalah kan, korang pun selalu dengar ‘mamat
tu kurang ajar betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah
lah tak bagi signal…’ atau ‘hari tu tayar kereta aku pancit tepi
highway, nasib baik ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau
tidak tak tahulah aku…’ atau ‘ Ngko ingat aku tak kenal mamat tu
hah? Kalau aku nampak ngko dengan dia lagi, aku bagi kat situ
jugak..’. Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kalian
sehari-hari.
Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau
Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai
dua sayap. Aku adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang
berterbangan di seluruh dunia. Aku berusia 8 hari dan pada usia
sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah menghabiskan sekolah
rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan
melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin
aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan
Sampah Sarap.
Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong
sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku
singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak
seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku
singgah sebentar di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada
sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya aku
dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memaki hamun aku.
‘Celaka punya Lalat..!’ kata dia. Aku dihina sebegitu rupa
seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku
adalah serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan
virus yang merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya
aku lebih baik dari dia. Seberapa ketika kemudian aku melihat dia
dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang
bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor, lebih hina !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam
hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini.
Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan
kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa
yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu.
Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan aku. Kami berkenduri di
situ. Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung
tidak membasuh tangan.

Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi. Itulah kerja aku
dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah
belakang sebuah rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu
sesuatu. Ada banyak makanan. Ada yang masih elok untuk di makan
oleh kalian. Sudah rezeki aku.
Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku
membacanya sebaris dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai
mata kumpuan yang mampu menyedarkan aku pada setiap kilas
pergerakan.(aku pandai membaca ketika usia aku satu hari di
sekolah rendah jenis kebangsaan lalat). Isi beritanya memualkan
aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, culik,
rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat
aku tak ada berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar
dalam masyarakat aku hanya berita kematian lalat yang ditampar
dengan sadisnya oleh manusia, kematian lalat yang disembur dengan
Ridsect atau Sheltox,kematian lalat akibat sakit tua atau kematian
lalat akibat terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra
violet. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera
meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan.
Kalian memang memualkan aku.
Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina
sebenarnya. Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh
dengan bermacam-macam tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan
kalian tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan
sebagai tahi aku?. Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir
kalian, itu dikatakan manis? Kenapa bila kalian pening-pening
dikatakan sebagai pening-pening aku? Kenapa aku dijadikan
perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan
tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi maklumat
penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian
lada’ ?. Eh, itu burung, ngko jangan nak tipu aku. Aku Bahasa
Malaysia dapat ‘A’ tau. Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata
kalian.

Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi
menyapu awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan.
Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau
aku cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya aku melangkaui
40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke 100 hari. Itu
hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian tidak tahu. Aku hanya
mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari dan aku cuba
menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian
yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan
motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit.
Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Aku perlu
tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,
aku mampu pengsan selama berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan
sedar sekiranya aku dipanaskan balik dengan sedikit haba. Aku
cantik. Aku masuk dengan menumpang seseorang yang membuka pintu.
Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku menjadi sedikit dingin
terkena hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer
yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh
konsentrasi. Aku singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak
menyedarinya. Terlalu asyik dia. Aku cuba membaca apa yang
terpapar pada skrin komputer. ‘Ah !, sebuah Blog dengan nama Life
Is A Fairytale…terdapat sebuah catatan tentang seekor lalat, apa
ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia ?
Boss dia tahu atau tidak yang dia! sedang berpura-pura berkerja?
Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat
kerja dan bukannya membaca sebuah cerita tentang entah apa-apa..’
bisik hati kecil aku. Manusia, manusia…
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan
tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita
lalat. Menarik sangat kah cerita seekor lalat?. Entahlah….
dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

Epilog.

Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada
usia 10 hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100.
100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan
daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan
lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia. He he he. Jangan
marah lalat.
kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia yang membaca cerita
ini akan memandang ke belakang kerusinya dan mencari kot-kot ada
lalat… =)