dekatilah Allah melalui solatmu..
ceritakan segalanya pada Allah dlm sujudmu
Allah mendengar segala rintihan hatimu
kerana Dia yang paling memahami dirimu...
Ikhlaskanlah hatimu mendekati Allah
bukan kerana memgharapkan pujian manusia
mahupun ganjaran dunia...
Perindahkanlah hubunganmu denganNya dalam tahajudmu dinihari
perhatikan kata-kata Allah terhadapmu melalui firmanNya di dalam Al-Quran
Perbanyakkan taubat dan zikirmu
tapi bukan bermakna meninggalkan dan mengabaikan segala urusan duniawimu..
Sahabatku..
Keimanan yang kita hajatkan dalam diri kita
adalah keimanan yang mampu melawan panggilan nafsu yang dibisik syaitan
bukan sekadar menjadi manusia yg tahu solat 5 waktu,
tetapi dalam fikiran dan roh mengingati selain Allah..
kenali Allah,
kau pasti akan menjumpai
yang Allah cukup untuk menaungi hati kita yang selalu lara
Kalau syaitan seringkali memainkan perasaanmu
mintalah pada Allah agar ditetapkan hati
"dan jika syaitan mengganggumu dengan satu gangguan,maka mohonlah perlindungan kepada Allah.Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Fussilat:36)
hati kita milik Allah
Allahlah yang memberi petunjuk
Allah juga yang memalingkannya dari kebenaran
bukan kuasaku untuk membantu menguatkan hatimu sahabatku
tetapi ALLAH...
sekadar luahan apa yang terbuku di hati
moga menjadi pengajaran buat diriku dan dirimu
kerana diriku menyayangi dirimu...
kerana diriku menyayangi dirimu...
0 comments:
Post a Comment