Saturday, June 27, 2009

epilepsy


Sedikit perkongsian about epilepsi..

Mungkin ramai yg beranggapan bahawa penyakit ni merupakan sejenis penyakit mental, berjangkit atau buatan org. But actually, tak! Mostly penyakit ni dikategorikan as inheritance. Which means it can be inherited throughout family. So I guess u guys need to do some research on ur family history before getting married!!!.

Not much explanation. Just few of them….

Serangan epilepsi

l Membabitkan keseluruhan otak.

l Boleh menyebabkan pesakit kaku, rebah dan tidak sedarkan diri, dan mungkin badan akan mula bergoncang, atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa.

l Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan lima minit, tetapi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga seolah-olah termenung dan bingung buat seketika.

l Apabila pesakit diserang, beliau mungkin akan terjatuh dan menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tidak menentu dan tidak dapat mengawal buangan air kecil dan besar.

Rawatan

l Jangan panik, sebaliknya baringkan pesakit di tempat selamat, dan alas sesuatu bahan lembut di bawah kepalanya. Jangan letakkan sebarang objek dalam mulut pesakit (termasuklah jari anda) kerana ia boleh mencederakan pesakit itu sendiri atau jari anda.

l Ini boleh mencederakan anda, gigi pesakit boleh patah dan objek itu boleh menghalang saluran pernafasan. Jangan cuba menahan atau mengikatnya daripada bergerak.

l Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit lalu mengiringkan badannya, supaya saluran pernafasannya lapang.

l Jika pesakit berasa keliru atau ketakutan, berikan beliau keyakinan yang semuanya adalah seperti sedia kala. Elakkan daripada memberi apa-apa makanan atau minuman sehingga pesakit sedar seperti biasa dan teman pesakit sehingga beliau pulih.

l Jangan cuba menahan pesakit daripada merayap kecuali ke tempat yang berbahaya bagi dirinya.

l Jauhkan objek yang berbahaya yang ada berhampiran.

l Jangan menenangkan pesakit dengan menggoncang badannya atau menjerit padanya. (sapa buat ni mmg sengal la..!)

l Temankan pesakit sehingga beliau pulih.

~salam.. ~
=)

0 comments: